Saturday, March 5, 2011

Lalat Dan Penyakit

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat”. (Riwayat al-Bukhari)

Islam menyuruh kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat yang memasuki makanan atau minuman, Baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya.

Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.

Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan Baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, March 2, 2011

Malu

Rasulullah SAW bersabda: “Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula yang satu lagi”. (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”

Seseorang tetap hidup dalam kebaikan selama dia memiliki rasa malu. Hal ini selari dengan pendapat yang dicetuskan oleh Ibn Qayyim; “Jika bukan kerana sifat malu maka tamu tidak akan dihormati, janji tidak ditepati, amanah tidak ditunaikan dan keperluan seseorang tidak akan pernah dipenuhi, serta tidak akan berusaha mencari sifat terpuji untuk diamalkan dan mengenalpasti sifat tercela untuk dijauhi”.

Sorry blog dah berhabuk lama x update. Malam ni tergerak hati nak tulis something and i found this article which is interesting. Look for details through the link. Salam~ =)

Wednesday, September 1, 2010

Doktor..

Hai kawan2! Kali ni nak cter sket pasal bidang yang bakal ku ceburi brape minggu lagi.. Sikit je lagi nak masuk.. one step ahead je! Btw, these few days asyik tengok citer cloud staircase kat KBS world (channel 303 astro).


Well, citer ni sebenarnya pasal seorg pemuda bernama Choi Jongsu yang bercita2 menjadi doktor tetapi x berpeluang atas kemiskinan yang dia hadapi. Dia seorg yg sgt excellent tapi takdir tidak menyebelahi dia, and he create his own destiny! Dia pergi ke sebuah pulau, atas bimbingan seorg doktor yg baik, dia beri didikan tentang kerjaya seorg doktor. Walaupun tanpa sijil yang sah, doktor choi dapat merawat pesakitnya atas minatnya itu! And ade la konflik yang berlaku sampai dia diberi kerja di hospital besar tanpa menyedari yang dia xde sijil pengesahan bidang kedoktorannya itu.

Citer ini agak menyerupai citer Team Medical Dragon, Asada, seorg doktor yg tidak mempedulikan protokol dan prosedur dalam hospital tetapi menitikberatkan soal hidup dan mati pesakit! Baginya, pesakit lebih diutamakan dari segala-galanya sampai suatu ketika apabila jantung pesakitnya dah berhenti berdegup, dia mengepam jantung pesakit menggunakan tangannya sendiri dan akhirnya berjaya menyelamatkan pesakit tersebut!


Yang menjadi tanda tanya pada diri ini ialah, bolehkah diri ini menjadi seperti itu? Doctor's responsibility is to save the patient, is it just saving them physically? What about emotionally? Dr Choi sebelum membuat pusingan wad, dia study history patient, kenali latar belakang mereka untuk memahami mereka. Adakah kita bakal2 doktor ni hanya sekadar masuk ke wad pesakit untuk bertanya "ubat dah makan?" "dah exercise?" "macam mana dengan kaki awak? sakit lagi?".


Abah selalu berpesan, "kalau dah jadi doktor ni, senang sikit kita nak berdakwah! Bila dah dapat title doktor, semua akan percaya cakap kita. Sebab tu abah nak angah jadi doktor, medan untuk berjihad itu sangat mudah, kalau kita dah menyembuhkan seseorang tu sehingga sihat, pahala amalan kita akan berterusan. Lagi satu, bidang kedoktoran ni la yang paling kurang rasuah! Abah xnak makan duit haram tu!" Kata2 abah selalu bermain di minda ni untuk menyedarkan diri ini bahawa bidang kedoktoran suatu bidang yang murni walaupun dengan kesibukan masa!

Aiks.. Slalu nak membebel panjang2, tp takut kawan2 semua bosan plak!

Hmm, kesimpulannya, doktor ada dua jenis, satu yang menjalankan kewajipannya untuk menyembuhkan pesakit dari segi fizikal sahaja, yakni bekerja atas dasar kerja, tidak memahami konsep sebenar penyembuhan penyakit. Yang lagi satu ialah doktor yg menjalankan konsep sebenar iaitu dengan menyembuhkan mereka dari segi fizikal dan rohani. Apabila hati berkeinginan untuk sembuh, ubat-ubatan bukan lagi booster bagi penyembuhan fizikal. Apabila hati tidak bersedia untuk kembali sihat, cari lah ubat secanggih mana pun xkan berjaya menyembuhkan pesakit tersebut.

Sekian, itu sahaja coretan buat kali ni.. Harap ia dapat membantu menyedarkan lagi diri ini tentang peranan seorg doktor dan membuka mata kawan2 yang masih lena.. Segala comment dan pandangan amat dihargai untuk sama2 berkongsi.. Salam~

Tuesday, August 31, 2010

Happy Birthday Malaysia


Bismillah~ Salam 1Malaysia kepada semua rakyat Malaysia walau di mana jua anda berada! And Happy Birthday to Malaysia! hmm.. hari ni mesti banyak aktiviti dijalankan especially kalau kat semenanjung tu mesti ada perarakan or persembahan patriotik.. urgh~ jelesnye...



Ok.. Kali ni nak citer sket kisah2 silam mse menyambut hari kemerdekaan ni. Dulu mse sekolah rendah dekat Melaka memang kne naik basikal, beg punyalah besar n berat macam sumbat batu kat dalam pastu ikat kat seat belakang (tempat bonceng, pggl seat bunyi sedap sket! :p) ni kalau org yang pernah naik basikal pegi sekolah confirm tau! Kalau beg tu dah kenyang (banyak sgt buku), tegang tangan ni nak ikat! Adeh~


Bila nak sambut kemerdekaan je, sekolah akan buat satu program suruh semua pelajar yang ada basikal datang sekolah untuk konvo sme2. haha! Cool~ Amik kayu - pasang bendera - ikat kat seat belakang - LETS GO BABEH!! Cikgu akan mengiringi di depan dan mengawasi di belakang takut ade yang tercicir ke, rantai putus ke, basikal mele
tup ke, mana la tau.. =) Tapi yang penting semangat nak konvo ramai2 tu ade! Kdg2 ada kwn yang sampai jatuh sebab terlanggar basikal.. masuk longkang la.. haha.. lawak2...

And biasa la kalau malam sebelum merdeka tu kumpul kat balai raya menanti detik2 hari kemerdekaan tepat pukul 12 malam. Time tu masih budak hingusan, tengok abg2 yang naik motor berkumpul bawak bendera n
ampak mcm cool gler.. Pastu datang standby untuk nyalakan bunga api.. Pergh! Mmg excited habis la..




Aktiviti yang paling x disukai ialah pertandingan melukis dan mewarna! kalau buat kat rumah memang ske! tapi kalau bagi mse sejam untuk siapkan... =.= xske! time tu la baru fikir bendera ada brape jalur, paling atas kaler pe, camne nak lukis songkok, nande tu betul ke kat tengah2 dahi, camne nak lukis mata sepet?! haha.. Maaf spe yg terasa..


Tu la antara sejarah yang pernah dilalui semasa menyambut hari kemerdekaan suatu ketika dahulu.. Lepas ni insyaAllah pergi india, xtau
la camne perasaan menyambut Hari Kemerdekaan kat sana.. Ntah sambut ntah x.. Redah je la..


Pape pun, hari kemerdekaan mengingatkan kita akan peristiwa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin kita untuk membebaskan kita dari penjajah.. X semestinya kita perlu sambut dengan gah untuk hari kemerdekaan, yang paling penting kita maintain kemerdekaan ini! Kita bersaing dengan negara lain dari segi teknologi dan ketamadunan.. Kita hapuskan racism! Kita buktikan bahawa kita adalah rakyat yang merdeka!



haha.. terlebih excited plak... alright2~~ sampai sini je.. Salam ^^

Sunday, August 29, 2010

FEAR

Bismillah.. Dengan nama Allah ku mulakan post pertama untuk halamanku ini.. Hmm.. Baiklah.. First and foremost nak thanks kat kawan2 yang bagi sokongan untuk buat blog ni.. I think I want to start it with the title of FEAR~ why fear??


This time nak bincang sikit pasal FEAR dalam diri setiap individu especially me.. Nak buka citer sket sebagai pengenalan.. hehe.. Actually i am fear to start blogging.. Rasa scary.. Tapi sebenarnya malas la jugak.. cewah.. And semangat nak tulis ni datang bila takut lupa and tak dapat share pasal perkara2 yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri ini dan kawan2 semua.. (bajet bagus je..) =)



Alright.. sini ada sedikit bahan bacaan yang dibuat masa bosan2 kat rumah sementara menunggu offer letter yang x sampai2 lagi.. (cepat lar abg postmen!!)



Secrets of the Millionaire Mind - During my seminars I ask the audience, "How many of you would cite fear as your primary motivation for success?" Not many people put up their hand. However, then I ask, "How many of you would cite security as one of your main motivators for success?" Almost everyone puts up his or her hand. But get this--security and fear are both motivated by the same thing. Seeking security comes from insecurity, which is based in fear.



Hmm.. Back to me.. Actually i love to read these kind of book$ (pasal jutawan $_$, management of money n yg berkenaan la..) bukan gila duit, bukan nak utamakan harta, tetapi nak tahu cara pemikiran orang-orang yang hebat meng-handle duit2 ni..



Continue..



So, will more money dissolve the fear? You wish! But the answer is absolutely not. Why? Because money is not the root of the problem; fear is. What's even worse is that fear is not just a problem; it's a habit. Therefore, makin more money will only change the kind of fear we have.



When we were broke, we were most likely afraid we'd never make it or never have enough. Once we make it, however, our fear usually changes to "What if I lose what I've made?" or "Everyone's going to want what i have". In short, the main problem in our life is FEAR!



OKOK.. dah panjang lebar la mister potato.. nak ckp kat sini.. find out your fear and overcome it! Actually this content dah pernah share dengan someone, "siapa makan cili dia la terasa pedasnya!" haha.. Fear.. Fear.. Fear.. Kata2 hikmat dari mama "MINDSET AMMAR!! MINDSET KENA TUKAR!!" "yela ma.... nanti org tukar... haha^^" so, mari lah kita start tukar mindset kita kalau start buat sesuatu perkara tu dengan FEAR..



Terdengar tazkirah baru2 ni.. dari Ustaz Ali - segala perasaan kecil yang boleh menimbulkan masalah hendaklah dibuang cepat2.. buanglah sejauh2nya kalau x...

Ia akan menjadi TEKAD

TEKAD---------> PERBUATAN
PERBUATAN---> KEBIASAAN
KEBIASAAN----> ATTITUDE!!

Sekian untuk coretan pertama.. Salam~