
Bismillah~ Salam 1Malaysia kepada semua rakyat Malaysia walau di mana jua anda berada! And Happy Birthday to Malaysia! hmm.. hari ni mesti banyak aktiviti dijalankan especially kalau kat semenanjung tu mesti ada perarakan or persembahan patriotik.. urgh~ jelesnye...
Ok.. Kali ni nak citer sket kisah2 silam mse menyambut hari kemerdekaan ni. Dulu mse sekolah rendah dekat Melaka memang kne naik basikal, beg punyalah besar n berat macam sumbat batu kat dalam pastu ikat kat seat belakang (tempat bonceng, pggl seat bunyi sedap sket! :p) ni kalau org yang pernah naik basikal pegi sekolah confirm tau! Kalau beg tu dah kenyang (banyak sgt buku), tegang tangan ni nak ikat! Adeh~
Bila nak sambut kemerdekaan je, sekolah akan buat satu program suruh semua pelajar yang ada basikal datang sekolah untuk konvo sme2. haha! Cool~ Amik kayu - pasang bendera - ikat kat seat belakang - LETS GO BABEH!! Cikgu akan mengiringi di depan dan mengawasi di belakang takut ade yang tercicir ke, rantai putus ke, basikal meletup ke, mana la tau.. =) Tapi yang penting semangat nak konvo ramai2 tu ade! Kdg2 ada kwn yang sampai jatuh sebab terlanggar basikal.. masuk longkang la.. haha.. lawak2...
And biasa la kalau malam sebelum merdeka tu kumpul kat balai raya menanti detik2 hari kemerdekaan tepat pukul 12 malam. Time tu masih budak hingusan, tengok abg2 yang naik motor berkumpul bawak bendera nampak mcm cool gler.. Pastu datang standby untuk nyalakan bunga api.. Pergh! Mmg excited habis la..

Aktiviti yang paling x disukai ialah pertandingan melukis dan mewarna! kalau buat kat rumah memang ske! tapi kalau bagi mse sejam untuk siapkan... =.= xske! time tu la baru fikir bendera ada brape jalur, paling atas kaler pe, camne nak lukis songkok, nande tu betul ke kat tengah2 dahi, camne nak lukis mata sepet?! haha.. Maaf spe yg terasa..
Tu la antara sejarah yang pernah dilalui semasa menyambut hari kemerdekaan suatu ketika dahulu.. Lepas ni insyaAllah pergi india, xtau la camne perasaan menyambut Hari Kemerdekaan kat sana.. Ntah sambut ntah x.. Redah je la..
Pape pun, hari kemerdekaan mengingatkan kita akan peristiwa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin kita untuk membebaskan kita dari penjajah.. X semestinya kita perlu sambut dengan gah untuk hari kemerdekaan, yang paling penting kita maintain kemerdekaan ini! Kita bersaing dengan negara lain dari segi teknologi dan ketamadunan.. Kita hapuskan racism! Kita buktikan bahawa kita adalah rakyat yang merdeka!

haha.. terlebih excited plak... alright2~~ sampai sini je.. Salam ^^