Wednesday, September 1, 2010

Doktor..

Hai kawan2! Kali ni nak cter sket pasal bidang yang bakal ku ceburi brape minggu lagi.. Sikit je lagi nak masuk.. one step ahead je! Btw, these few days asyik tengok citer cloud staircase kat KBS world (channel 303 astro).


Well, citer ni sebenarnya pasal seorg pemuda bernama Choi Jongsu yang bercita2 menjadi doktor tetapi x berpeluang atas kemiskinan yang dia hadapi. Dia seorg yg sgt excellent tapi takdir tidak menyebelahi dia, and he create his own destiny! Dia pergi ke sebuah pulau, atas bimbingan seorg doktor yg baik, dia beri didikan tentang kerjaya seorg doktor. Walaupun tanpa sijil yang sah, doktor choi dapat merawat pesakitnya atas minatnya itu! And ade la konflik yang berlaku sampai dia diberi kerja di hospital besar tanpa menyedari yang dia xde sijil pengesahan bidang kedoktorannya itu.

Citer ini agak menyerupai citer Team Medical Dragon, Asada, seorg doktor yg tidak mempedulikan protokol dan prosedur dalam hospital tetapi menitikberatkan soal hidup dan mati pesakit! Baginya, pesakit lebih diutamakan dari segala-galanya sampai suatu ketika apabila jantung pesakitnya dah berhenti berdegup, dia mengepam jantung pesakit menggunakan tangannya sendiri dan akhirnya berjaya menyelamatkan pesakit tersebut!


Yang menjadi tanda tanya pada diri ini ialah, bolehkah diri ini menjadi seperti itu? Doctor's responsibility is to save the patient, is it just saving them physically? What about emotionally? Dr Choi sebelum membuat pusingan wad, dia study history patient, kenali latar belakang mereka untuk memahami mereka. Adakah kita bakal2 doktor ni hanya sekadar masuk ke wad pesakit untuk bertanya "ubat dah makan?" "dah exercise?" "macam mana dengan kaki awak? sakit lagi?".


Abah selalu berpesan, "kalau dah jadi doktor ni, senang sikit kita nak berdakwah! Bila dah dapat title doktor, semua akan percaya cakap kita. Sebab tu abah nak angah jadi doktor, medan untuk berjihad itu sangat mudah, kalau kita dah menyembuhkan seseorang tu sehingga sihat, pahala amalan kita akan berterusan. Lagi satu, bidang kedoktoran ni la yang paling kurang rasuah! Abah xnak makan duit haram tu!" Kata2 abah selalu bermain di minda ni untuk menyedarkan diri ini bahawa bidang kedoktoran suatu bidang yang murni walaupun dengan kesibukan masa!

Aiks.. Slalu nak membebel panjang2, tp takut kawan2 semua bosan plak!

Hmm, kesimpulannya, doktor ada dua jenis, satu yang menjalankan kewajipannya untuk menyembuhkan pesakit dari segi fizikal sahaja, yakni bekerja atas dasar kerja, tidak memahami konsep sebenar penyembuhan penyakit. Yang lagi satu ialah doktor yg menjalankan konsep sebenar iaitu dengan menyembuhkan mereka dari segi fizikal dan rohani. Apabila hati berkeinginan untuk sembuh, ubat-ubatan bukan lagi booster bagi penyembuhan fizikal. Apabila hati tidak bersedia untuk kembali sihat, cari lah ubat secanggih mana pun xkan berjaya menyembuhkan pesakit tersebut.

Sekian, itu sahaja coretan buat kali ni.. Harap ia dapat membantu menyedarkan lagi diri ini tentang peranan seorg doktor dan membuka mata kawan2 yang masih lena.. Segala comment dan pandangan amat dihargai untuk sama2 berkongsi.. Salam~